tinggalkan link blog anda disini :)

Wednesday 3 February 2016

Bicara Kepada Hati Iktilat

Tips untuk muslimah : Ikhtilat, biarlah kena dengan caranya..

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, dapat lagi saya mencoretkan sedikit tulisan di blog ini. Untuk post kali ini, saya tergerak hati untuk membicarakan soal ikhtilat yang seolah-olah tidak dapat dielakkan pada zaman sekarang. Sebelum tu, mungkin ramai yang dah tahu apa itu maksud ikhtilat, tapi tak kurang juga yang tak tahu maksudnya.

Definisi ikhtilat : Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas antara lelaki dan perempuan yang ajnabi (bukan muhrim) sama ada di tempat sunyi mahupun di tempat terbuka.

Pada masa sekarang, ikhtilat ini seolah-olah tidak dapat dielakkan. Baik di tempat kerja, sekolah, universiti dan lain-lain lagi. Hal ini menimbulkan tanda tanya kepada kita, apakah dibolehkan hubungan sebegitu??

Hubungan secara bebas antara lelaki dan perempuan ini merupakan suatu ciri bentuk pergaulan pada zaman jahiliyyah dahulu dan juga berasaskan nilai-nilai dan sistem hidup masyarakat jahiliyyah. Apabila datangnya Islam yang dipimpin oleh Rasulullah, hubungan seperti ini ditolak dan suatu bentuk sistem dan nilai hidup yang berpandukan kepada Al-Quran dan Sunnah diperkenalkan untuk menjaga diri manusia itu sendiri.

Tetapi, pada masa sekarang ikhtilat dilihat memang tidak dapat dielakkan. Saya pernah terbaca suatu artikel yang membicarakan soal hubungan antara lelaki dan perempuan, dan dalam artikel tersebut penulisnya telah menukilkan pendapat Dr Yusuf Al-Qaradhawi dalam masalah ikhtilat.

Katanya : pertemuan/perjumpaan dan perhubungan antara lelaki dan perempuan tidaklah diharamkan secara mutlak. Dalam keadaan yang lain, perhubungan seperti ini diharuskan jika tujuannya adalah mulia (spt menuntut ilmu), memberi manfaat, dan menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Ia juga diharuskan dalam keadaan di mana terdapat sesuatu perkara yang berhajatkan bantuan dan pertolongan dari kedua-dua belah pihak (lelaki dan perempuan), tetapi dengan syarat mestilah berlandaskan batas-batas yang telah ditetapkan oleh syarak, tujuan yang betul dan pelaksanaannya yang berkesan.

Ikhtilat terbahagi kepada dua bentuk :

a) ikhtilat ghoiru syar’ie (tak ikut syariat Islam)

b) ikhtilat syar’ie (berlandaskan syariat Islam)

Ikhtilat ghoiru syar’ie :

Percampuran yang boleh menjatuhkan maruah.
Percampuran yang boleh menimbulkan fitnah, seperti perhubungan antara lelaki dan perempuan di tempat yang sunyi.
Bercanggah dengan adat dan adab etika Islam, seperti bergurau senda antara lelaki dan perempuan yang ajnabi.
Bukan berhajat. Yakni tidak mempunyai sebarang hajat yang perlu melibatkan hubungan antara lelaki dan perempuan.
Tidak ikut adab Islam.
Tidak mengasingkan tempat lelaki/perempuan.
Ikhtilat syar’ie :

Mempunyai hajat, iaitu ada perkara yang perlu melibatkan kaum lelaki dan perempuan.
Menjalankan tuntutan dakwah, yakni amar makruf nahi mungkar.
Menghadiri jemputan, contohnya : kenduri kahwin dan lain-lain.
Menunaikan haji dan umrah.
Bermesyuarat atau pembentangan, yakni yang perlu melibatkan kaum lelaki dan perempuan.
Dan, setiap ikhtilat pula mestilah mematuhi syarat berikut :

Tidak bersentuhan
Menjaga aurat
Menjaga adab bercakap
Mengasingkan tempat (pada tempat2 tertentu).
Terdapat batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan yang telah digariskan dalam Islam. Batas-batas ini harus diikuti dan dan dipatuhi demi menjaga hubungan itu sendiri daripada hukum harus menjadi haram. Antara batas-batas pergaulan yang mesti dijaga ialah :

1. Elakkan berurusan dengan lelaki selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal-hal yang di luar kemampuan wanita seperti dalam hal baiki kereta, baiki laptop dan sebagainya. Disebabkan keterbatasan kemampuan wanita dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan daripada orang lelaki. Dalam keadaan ini ia diharuskan.

2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunalah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mel atau nota kecil.

Sunday 6 September 2015

PROJEK CINTA ILAHI






Ini bukan projek memikat suami, bukan juga projek memikat isteri, bahkan bukan pula projek memikat pihak sana ataupun pihak sini.
Projek ini kebarangkaliannya untuk berjaya, sangat pasti. Yakin.
Kerana, projek ini bukanlah perkara yang sia-sia dan pasti tidak akan disia-siakan.
Bermula dengan niat yang luhur dan murni, dan cuba mempraktikkannya, sedikit demi sedikit, pasti ada ganjarannya.
Setiap usaha kecil sehinggalah usaha yang semakin rancak memuncak, semuanya diambil kira. Kiraan itu, lebih mahal, lebih berharga daripada duit yang berada dengan diri kita.
InsyaAllah. Dan saya namakan, projek ini ialah projek pikat Allah swt.
Allah swt itu Tuhan sekalian alam. Juga Allah swt tidak sama seperti kita dan juga makhluk-makhluk lain. Allah swt tidak diciptakan, akan tetapi DIA yang menciptakan.
Allah swt itu tidak menyembah, akan tetapi kita yang menyembah. Allah swt itu tidak mempunyai keluarga, keturunan, dan kerabat. Sebaliknya kita yang beranak pinak dan bercucu-cicit.
Ini kerana Allah swt itu Maha Esa.

Projek pertama

Masih ingat lagikah kita peristiwa turunnya ayat al-quran yang pertama? Peristiwa dimana malaikat Jibril bertemu dengan Rasulullah saw dan membacakan surah al-‘alaq.
Lalu, Rasulullah saw pun membacanya.
Dan alhamdulillah, telah sampai apa yang dibacakan oleh kekasih Allah swt itu pada kita hari ini. Hari ini, kita bukan sahaja membaca semata.
Kita cuba menghafal sebaik mungkin, kita belajar memperbaiki sebutan dengan memasuki kelas pengajian tajwid, dan kita belajar lagi sedikit sebanyak tafsir al-quran untuk lebih memahami.
Subhanallah. Dalam semua itu, ia termasuk dalam kerangka ilmu. Projek pertama untuk memikat Allah swt adalah dengan ilmu. Dan sebaik-baik ilmu adalah ilmu mengenal Allah swt.
Namun, dalam keghairahan kita mencari dan menggali ilmu, perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Ilmu mungkin kita boleh dapat dimana-mana.
Melalui buku, teknologi, sekolah, pusat tuisyen, usrah, dan universiti kehidupan.
Akan tetapi, sebaik-baik menuntut, mencari ilmu itu adalah dengan pergi kepada ahlinya. Iaitu berguru dengan alim ulama.
Kerana, Rasulullah saw sendiri belajar al-quran itu dengan malaikat. Di sini, bukanlah ingin menyatakan bahawa Jibril itu lebih pintar dan lebih cerdik berbanding dengan Rasulullah saw.
Sebaliknya ingin dijelaskan bahawa, pentingnya berguru itu. Kerana dengan berguru, seorang anak murid itu bukan sekadar dapat ilmu sahaja.
Boleh jadi, anak murid tersebut dapat nasihat atau hikmah, adab atau akhlak, dan sekiranya ada kesilapan, para guru akan cuba membantunya.
Sebab itu, Islam agama yang benar dan orang Islam itu sentiasa menegakkan kebenaran dengan memperbaharui segala kesilapan.

Projek kedua

Amal. Selepas kita belajar, kita akan berasa ingin melakukannya.
Kekadang, terasa tidak sabar dan tidak tertahan yang amat. Di dalam perkara ini, orang yang belajar dan memiliki ilmu, pasti ia tidak akan bergerak dan beramal tanpa ilmu.
Mereka ini lebih tenang, dan berstrategi untuk melaksanakan sesuatu berbanding orang yang tiada ilmu yang bergerak secara gopoh-gapah dan melulu.
Kerana ilmu itu adab. Dan sudah pasti, orang yang memiliki ilmu itu akan mengenali tangga-tangga amalan.
Amal tidak hanya termaktub pada perkara-perkara yang wajib sahaja. Dalam beramal, kita ada juga perkara-perkara tambahan iaitu perkara-perkara sunat.
Ia ibarat, yang fardhu itu adalah modal perniagaan kita, dan amal yang sunat itu ialah keuntungan perniagaan kita.
Justeru, jika seseorang itu ingin lebih banyak keuntungan, ia akan melakukan serta mendirikan amalan-amalan sunat. Bahkan dia lebih bersungguh-sungguh dan berkerja keras lagi.
Dan Allah swt suka akan para hambaNya yang beramal semata-mata kerana ingin dekat denganNya.

Projek terakhir Memikat Tuhan

Yang terakhir adalah taubat.
Taubat yang dimaksudkan disini ialah, dengan sentiasa memperbaiki diri kita.
Seorang muslim itu tidak akan merasa dirinya baik bahkan lebih baik sekalipun orang sekelilingnya mengatakan ataupun menggelarkan dirinya itu baik.
Kerana, kita baik bukanlah semuanya sebab kita.
Boleh jadi, diri kita baik sebab doa keluarga kita, doa kawan-kawan kita, doa para guru kita, doa orang yang bukan muslim, doa daripada haiwan dan tumbuh-tumbuhan, doa daripada para malaikat, dan doa daripada para nabi.
Adalah tidak wajar andai kita berbangga dengan diri sendiri. Apa yang perlu, sangka baik dan lakukan kerja-kerja yang baik walaupun kerja itu adalah diam.
Kerana sifat makhluk Tuhan sangat berbatas. Berlebih-lebihan boleh membawa seseorang itu ke lembah binasa.
Seperti makan yang melampau. Apabila perut sudah membuncit akibat kekenyangan, maka mudahlah iblis menganggu dengan membisikkan lafaz malas. Yang rugi, kita sendiri.
Kesimpulan 
Ilmu itu sebagai mukadimah serta penerangan awal sebelum kita beramal dan bertindak melakukan sesuatu. Orang yang belajar dan memiliki ilmu, adalah lebih baik dalam amalannya.
Berbanding orang yang beramal tanpa ilmu, mudah dirinya itu ditipu dan tertipu. Dan taubat itu sebagai kredit seorang hamba yang sentiasa terdedah dengan perkara-perkara mungkar dan sia-sia.
Kekadang, kita ini ada ilmu tetapi malas beramal.
Pun begitu, terlebih semangat dalam beramal sehinggakan kita menggabaikan tuntutan yang lebih utama iaitu menuntut ilmu.
Jadi, dengan sedikit perkongsian resipi projek ini, moga-moga Allah swt akan mencintai diri kita dengan bermulanya cinta kita kepadanya.
Semoga berjaya!
*****
Artikel ini adalah disumbangkan oleh Sahabat kita yang mahu dirahsiakan nama beliau. Blog beliau boleh dilayari di: http://niddurisan.blogspot.com/



Friday 4 September 2015

Benarkah Kasih Sayang Yang Kuat dan kukuh Mampu Membuat Seseorang Akan Berubah Selepas Berkahwin?

akan berubah kerana cinta
Sejauh manakah anda yajin dia akan berubah selepas berkahwin? Sila fikir sekali lagi..
Before you say yes, get him angry.

See him scared. See him wanting, see him sick. Stress change a person. Discover his addictions. See if he puts you in front of them.

You can’t change people, baby girl.

If the are made one way, it doesn’t just wear off. If you hate how he acts when he’s out of it now, you’re going to hate it much worse eight years down the road.

You might love him to bits but it doesn’t change that some people just don’t fit.”



Cinta, kasih sayang yang kuat dan kukuh mampu mengubah si dia untuk jadi seseorang yang lebih baik.

Sejauh mana kebenarannya?

Aku sayangkan dia. Aku cintakan dia. Dah lama kami bersama. Aku kena bersabar dengan semua sikap dia. Satu hari nanti mungkin dia akan berubah.



Mungkin?

Bermakna perkara itu belum pasti.

Belum pasti dia akan berubah menjadi lebih baik.

Mungkin  akan berubah dan mungkin juga tidak akan berubah langsung. Masih sama seperti sedia kala.

Kita sering kali tersilap perhitungan.

Sejak dari dulu lagi kita terlalu percaya cinta dan kasih sayang pada si dia akan mampu merubah segalanya. Hebat sangatkah cinta dan kasih sayang kita itu?

Lupakah kita juga hanya seorang hamba?

Hati terlalu lembut terutamanya perempuan.

Dilukakan berkali-kali tapi masih bertahan. Setiap saat dan ketika setiasa ada pengharapan agar sikap dan perangai si dia akan berubah.



Duduk sebentar.

Ambil masa.

Tenangkan fikiran dan berfikir secara waras. Guna akal dan minda. Jangan libatkan hati dan perasaan.

Letak sebentar ke tepi semua perasaan sayang dan cinta buat si dia.

Pejamkan mata dan mula berfikir.

Fikirkan untuk diri sendiri buat kali ini sebab tanpa sedar kita dah lama abaikan perasaan diri sendiri.

Selama ini, saat dia bersama kita, dia hanya memandang remeh soal solat.

Ada yang solat sekali sehari, ada yang hanya solat di hari Jumaat dan ada juga yang langsung tidak menunaikan solat.

Kita tahu perkara itu. Bukannya satu rahsia.

Kita atas dasar perasaan sayang dan cinta, atas dasar inginkan dia menjadi imam kepada kita satu hari nanti tanpa henti memberikan nasihat agar dia berubah.

Namun segalanya masih kekal sama.

Terdetik di hati untuk terus bersabar. Terlalu yakin dia akan berubah satu masa nanti.

Ya, manusia boleh berubah. Tak dinafikan.

Tapi kebarangkaliannya hanya berapa?
Kamu yakin dia akan berubah selepas berkahwin dengan kamu?
Kamu yakin kasih sayang dan cinta kamu benar-benar mampu merubah dia?
Jika ibu bapanya sendiri tak mampu untuk mengubah dia, tinggi benarkah martabat dan kedudukan kita dalam hatinya hingga kita rasa dia akan berubah demi kita?

Andai benar dia sayangkan kita dengan ikhlas, sudah sekian lama dia akan cuba untuk mengubah diri dia sendiri untuk jadi lebih baik.

Bagaimana nak jadi pemimpin keluarga andai diri sendiri masih terkontang-kanting tiada pegangan hidup?

Bercinta cukup handal. Mulut manis berbicara. Ayat semanis gula.

Tapi bila diminta membaca kalam Allah, tergagap-gapap hilang bicara. Disuruh azan, berpeluh satu badan gementar kerana tidak mampu.

Untuk menjadi imam solat memang jauh sekali. Ilmu agama cetek. Kosong.

Tanya diri, benarkan  ini yang kita mahukan sebagai seorang suami, seorang ketua keluarga yang mengabaikan kewajipan dia pada Allah?

Bayangkah adakah kita mahu menaiki kapal yang mana pengemudinya langsung tidak tahu apa-apa?

Selamatkah kita di sepanjang perjalanan itu?

Nak bahagia, cari orang yang solat. Kalau dia tak boleh jaga solat, jangan harap dia boleh jaga cinta awak. Cari orang yang jaga solat. Kalau dia tak boleh jaga solat, jangan harap dia boleh jaga janji dan tanggungjawab dia.– Unknown



Duduk dan fikirkan lagi. Demi diri sendiri.

Dia panas baran. Bila dia marah, bila dia tercabar, seringkali dia menjerit. Meninggikan suara.

Tanpa segan silu menghamburkan kata-kata kesat. Tanpa sedikit pun rasa bersalah terdetik di hati.

Dan yang lebih teruk lagi apabila dia seorang yang jenis naik tangan. Belum ada apa-apa ikatan tapi sudah berani menyakitkan tubuh badan kita.

Ditampar, diterajang ibarat kita tiada perasaan. Ibarat objek untuk dia melepaskan amarah.

Memang benar, dia katakan kita adalah kesayangannya. Cinta hati.

Tapi setiap kali dia tidak mampu mengawal perasaannya, kita adalah tempat dia hamburkan dan lepaskan segala perasaan itu.

Kita menangis. Terluka. Sakit hati. Sedih.

Tapi sebaik sahaja dia memohon maaf, memujuk rayu dengan janji manis, tanpa berfikir panjang kita maafkan dia. Hanya atas dasar sayang dan cinta di hati.

Tapi segalanya terus berulang.

Tanya hati benarkah dia yang kita mahukan untuk menjadi pelindung kepada kita?

Jangan tertipu dengan permainan syaitan. Jangan terpedaya dengan cinta dan kasih sayang kita pada dia.

Jika masih belum ada apa-apa ikatan yang sah dia sudah begitu berani untuk menyakitkan kita, dapat bayangkan apa akan berlaku selepas kta sah menjadi isteri?

Sanggupkah kita berhadapan dengan amarah dan sumpah seranahnya setiap hari? Sanggupkah kita menjadi objek untuk disepak terajang sepanjang hayat?

Saat bercinta, segalanya sanggup. Semuanya diiyakan. Dipukul, dimarah, dimaki, dihina segalanya sanggup ditelan mentah-mentah hanya kerana cinta dan sayang.

Tapi sampai bila? Belum tentu dia akan berubah. Jadi, kenapa begitu berani pertaruhkan kebahagiaan diri sendiri?

 Jika ingin mencari teman, ujilah dia dengan membuatnya marah. Jika dia tidak sabar dengan sikapmu itu maka, jauhilah dia. – Kata luqman Al-Hakim kepada anaknya.

Buatlah pilihan yang terbaik sebelum terlambat.

Selagi masih ada masa yang tersisa.

Jangan pertaruhkan hidup dan kebahgiaan hanya kerana kasih sayang dan cinta pada seseorang yang belum pasti.

Jangan hambakan diri pada cinta.

Life go on.

Whether you choose to move on and take a chance in the unknown.

Or stay behind, locked in the past, thinking of what could’ve been.

Macam mana kita nak tahu dia jodoh yang baik?

“ Litaskunu ilaiha.“

Bila kita lihat dirinya, kita rasa tenang (:

Artikel ini adalah perkongsian yang dihantar ke Inbox kami oleh  penulis yang ingin dikenali sebagai CikDaa. Boleh lawati blognya disini. Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Ya, membuat pertimbangan dalam memilih pasangan hidup sememangnya sukar. Tidak semua orang sempurna.

Namun kadang-kala ketidaksempurnaan itulah yang sentiasa membuatkan kita sengsara pada suatu hari nanti, jika kita tersalah pilih.

Sunday 5 July 2015

MELAKAR CINTA ILAHI UHIBBUKI FILLAH SAHABIAH

"Kau tahu apa itu makna uhibbuki fillah?" tanya seorang sahabat kepada saya.

"Mencintaimu kerana Allah," Ringkas jawapan saya.

Kelihatan tidak senang duduk sahabat dengan jawapan saya. Riak muka tidak puas hati lagaknya.

"Memanglah, itu direct translate. Tak semua orang faham erti itu sebenarnya. Cuma mengungkap tetapi tidak sampai jauh ke dasar hati, kerana itu setiap perkara yang dilakukan pasti ada kurangnya, hingga kadang-kadang boleh menjadi cemburu dalam berukhwah. Manusia sebegini masih keliru sebenarnya," luah sahabat dengan air muka penuh kekesalan.

Terhenti seketika kerja yang saya sedang lakukan. Berfikir tentang kata-kata sahabat sebentar tadi.

"Cemburu dalam berukhwah? Saya setuju, bahkan ada yang masih tidak mampu mentafsir ertiuhibuki fillah itu sendiri. Keliru itu benar. Realitinya kerana fitrah berkasih yang terlampau. Rasa menyayangi yang terlampau hingga ada istilah 'dia milik aku' sahaja. Astaghfirullahal azzim, mohon dijauhkan perasaan sebegini," memandang sahabat dengan penuh pengertian.

Benar, ini kisah realiti. Sebenarnya ramai yang masih keliru dengan perasaan sendiri. Fitrah manusia memang mahu menyayangi dan disayangi, tetapi berpadalah dalam berkasih dan sayang hingga timbul perasaan ingin memiliki. Mengikut ilmu psikologi, inilah yang dinamakaninnate motive.

Maknanya jangan berkasih sayang lah?

Tidak.. bukan itu yang saya maksudkan. Berkasih sayang itu perlu, tetapi berpada dan kawallah diri. Berukhwah kerana Allah semata-mata. Jadi takkan timbul isu 'dia milik aku'.

Tidak Cemburu

Orang-orang yang beriman tidak akan rasa cemburu apabila sahabat menjalin ukhwah dengan sahabat lain. Isilah hati dan nurani dengan jalan Allah kerana ukhwah ini terjadi atas kehendak Allah. Jika ada timbul rasa cemburu, muhasabah kembali kerana sungguh itu adalah bisikan syaitan yang cuba menghasut dan menggugat ukhwah yang dibina.

Siapa kita untuk memiliki? Tiada apa-apa di dunia ini adalah milik kita. Sahabat? Bukan milik kita. Justeru kenapa mahu cemburu apabila orang lain mendampingi?

Firman Allah s.w.t : "Sesungguhnya mukmin itu bersaudara." (al-Hujuraat: 10)

Dari firman ini telah jelas bahawa semua muslim itu adalah bersaudara. Tiada yang tertinggal. Kita memerlukan antara satu sama lain. Seharusnya kita perlu belajar menyayangi setiap sahabat yang berada di sekeliling kita.

Dalam Islam sudah diajar tentang ithar (melebihkan orang lain) yakni tahap ukhwah yang paling tinggi manakala berlapang dada adalah tahap ukhwah yang paling rendah.

Tapi dalam apa jua keadaan, kita harus sedar tentang makna basitah (kesederhanaan). Bila sudah sayang terlebih, segala benda jadi lain. Justeru itulah kita perlu bersederhana. Kalau mahu sayangi semua, bukan memilih-milih pula.

Nasihat ini jelas untuk saya dan semua yang mempunyai sahabat. Mungkin ini sudah terjadi atau bakal terjadi. Makanya saya mahu mengingatkan dahulu sebelum terkena pada diri sendiri atau yang lain juga.

Uhibbuki fillah, best friend, teman sejati atau apa-apa sahaja akan menjadi retorik semata-mata jika setiap perhubungan itu tidak di dasari dengan iman dan takwa. Usah tertipu dengan mainan perasaan sendiri. Perbetulkan niat kembali jika masih ada cemburu di hati.

Layanan Istimewa Untuk Semua Sahabat

Sayugia saya mahu mengingatkan kalian tentang kisah Rasulullah SAW dalam bersahabat.

Adakah para sahabat yang lain merasa cemburu dengan Abu Bakr apabila Rasulullah SAW mengatakan Abu Bakr adalah teman baiknya. Saidina Umar, Uthman, Ali dan sebagainya tidak cemburu melihat persahabatan itu kerana Rasulullah SAW melayan para sahabat yang lain juga dengan istimewa. Inilah yang perlu kita contohi bersama.

Jika kita mampu untuk memberi hadiah, belanja kawan, sentiasa saling mengingat, membantu dia, bertanya khabar kepada kawan yang seorang; beri layanan istimewa dan memasak untuk kawan seorang, kenapa tidak kepada kawan yang lain kita lakukan sebegitu rupa? Adakah Islam mengajar kita untuk membanding beza darjat?

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

"Janganlah saling mendengki, saling menipu, saling membenci, saling memutuskan hubungan dan janganlah sebagian kamu menyerobot transaksi sebagian yang lain, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim itu saudara muslim yang lain, tidak boleh menzaliminya, membiarkannnya (tidak memberikan pertolongan kepadanya), mendustainya dan tidak boleh menghinakannya.

Taqwa itu berada di sini (beliau menunjukkan dadanya tiga kali). Cukuplah seorang (muslim) dianggap (melakukan) kejahatan karena melecehkan saudara muslimnya. Setiap muslim atas muslim lain haram darahnya, hartanya dan kehormatannya." (HR. Muslim dan Ibnu Majah)

Jadi, mari kita tajdidkan (memperbetulkan) niat kita dan banyakkan muhasabah. Mungkin selama ini kita berukhwah bukan kerana Allah tetapi atas dasar lain.. peribadi ke, minat yang sama ke, perasaan ingin memiliki ke..

Mari koreksi diri.. mari istighfar berulang-ulang kali..

"Ada tak orang rasa cemburu dengan kita. Mereka rasa takut untuk rapat sebab kita berkawan baik?" tanya sahabat lagi.

"Wallahua'lam, jika ada yang berfikiran sebegitu, mesti ada silap dia dan silap kita juga. Dalam ukhwah ini kita membina ithar tetapi kita perlukan juga basitah," tuntas saya.

Moga ini dapat menjadi renungan untuk para sahabat di luar sana. Sungguh mungkin ini juga bakal terjadi pada saya dan anda, kita tidak tahu. Jadi persiapkan diri dan bermuhasabah kembali.

Marilah kita menjalin ukhwah kerana Allah..

Untuk sahabat-sahabat saya di luar sana.. uhibbuki fillah.. harap ukhwah ini hingga ke jannah hendaknya.

Ya Allah,peliharalah ukhwah kami ini. Moga tiada hasad yang menyelirat jauh di hati yang tersirat..

Di jalan Allah,
Persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu,
Persahabatan ini adalah perancangan daripada Allah yang mengetahui segala rahsia,
Kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA jua telah menetapkan ukhwah itu,
Pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang,
Semuanya kerana Allah,
Sungguh,
Bukan kerana selain daripada-Nya.

"Barang siapa jatuh cinta dan die menyembunyikkan cintanya sehingga dia mati, sesungguhnye dia telah mati syahid.."

Monday 2 June 2014

MENGAPA AKU BERPURDAH??

Assalamualaikum ... 

lame x update blog ah maklumlah buzy study hehehhehe 

okei skang neesa tengah cuti sem ,so ape yg boleh lakukan just kerja jer at kedai runcit cari pglaman sdikit alhamdulillah.. 

esok kerja pagi lgi but ,tgn ni gatal nk taip hehehe mate pom xnak jmpe cik mimpi lagi 

Ramai yg bertanye kan kenpe ? bagaimana ? megape? 
aku berubah ? sdgkan zaman dulu aku hanya lah budak yg ***** hehehe nakal sdikit mungkin perlukan ruang ntuk paham ape itu hijrah dan sbnar-bnar definisi cinta ilahi .. (sambil korek hidung) 
lantak la korang nk ckp pgotor pom .ni la nikmat :D 

okei2..da kuat mleter lak cik kak ni kan??

kite seyez ok? hihi .. (ok msih ad gelak tawa) 
ALLAH maha pengasih dan penyanyang ,jika kite berkeinginan untuk berhijrah dan mdekatiNYA ,ALLAH Akan bantu kite,ALLAH akan bersame kite dan dalam mase yang same ALLAH akan hadirkan seseorang untuk mbantu kite... hidayah ALLAH dtang pelbagai btl.. mgkn dulu aku cume gadis yang sntiase ikut gaya style ikut arus dari saat ke sesaat, 

Sedang aku khusyuk meniliti bberape page di fb,aku tpandang gambar yg sesorang yg bhijab dan berpurdah subanaALLAH hati ni terase syahdu sangat,mcm shantek jer..mcm shomel jer... **ah maklumlah bile tgk comel sume nk try kan*** tp aku terdetik dalam hati "jika aku juga sperti ini??" 



aku masih lagi study di tahun akhir,aku cube mdkati diri dngn ramai yg berpurdah di laman fb tp mereka seolah2 lyn xlyn jer,...small heart aku dibuatnye(kecil hati ) tp btw kite kene bersangka baek,mgkn aku yg salah atau mereka sdg sibuk mlakukan sesuatu krja yg mhlang untuk mjwab soalan2 aku ? mungkin... 

aku mncari tudung aku yg lame di dalam kamar mama,tertibe2 aku terpegang shelai tudung hitam yang pernah mjdi pkaian ku dlu .. hati ku hiba ,YA ALLAH apekah tudung ni harus ku buang? knpe tidak aku memakai nye ntuk sekali lg? **sendirian ku ,menatap penuh minat pada sehelai tudung hitam itu walaupom warne nye mgkin akan dikatekan tidak menarik naluri wanita ku,tapi pada shelai tudung hitam ini ,... ade rase yg aku sndri xmpu ungkapkan.. berlinang titisan air mate ,tanda ku tahu itu semua teguran dariNYA .. 

aku terus mjdi seorang berdiam,dan byk bicara..aku terus mcari shbt2 yg ade di fb untuk meneruskan niat untuk berubah dgn lbih baek,kerna aku tahu waktu ku smkin singkat dan mati smkin dekat... **tertibe shbt ku tikah yg mcj "neesa nk join x qaryah ramadhan di kb? " aku teruja dan berstju untuk mgikuti nye mgkn ni step yg pertame yg aku harus lakukan.siape tahu .. lirikan snyuman mjdi saksi tatkala hati berbisik kalimah ALLAH ... 

bile sampai dipjumpaan aku tsnyum mlihat sesorang yg bhijab dan berpurdah hitam sluruh tubuh MASYAALLAH cantiknye,sekali lagi hati ku disentuh rase sebak..aku diam cume saat tu aku mmerhatikannye "boleh kah aku berteman dgn nye? **layakkah aku ** 

sapaan bicara memulakan taaruf singkat untuk mengenalinye, xpernah ku kenal sesorang yg sbgni sblm ini ... ini yg mbuatkan hati berbunga-bunga mgucap syukur,aku terus mminta no fon nye untuk knl dgn lbih rapat...hari ke hari aku mcj,dan btnye alhamdulillah die mjwab dgn sbaeknye ..dan die mgajak aku join flashmod yg akn diadekan diKELANTAN ,aku mula join berknln rapat dgn niqabis yg len di whatspp ..indahnya ukhwah keranaNYA... 

purdah half yg aku beli masih tersimpan,dan aku msih blm mcube mmakainye diluar.. 
ALLAH mhadirkan aku anugerah yg terindah,shbt2 dunia akhirat yg sudi mbntu aku berubah ... ALLAH masih mberikan aku ruang,niat untuk berpurdah aku diatur dgn langkah demi langkah .. aku xbisa lakukan secara mendadak bimbang aku sendri yg terus jatuh... niat ni cume shbt karib ku shje yg tahu, 

tepat pada 1ramadhan ,dimane hati ku bergetar ,yakin dgn ape yg aku lakukan..purdah hitam adalah yg pertame ku sarung menutupi wajah ku... aku kene kuat! kuat kerna ALLAH..

aku keluar,blari mgatur langkah mgikuti mama untuk solat hari RAYA ,ma hanya tersenyum **aku menahan malu dan bimbang jika aku tidak diterime** aku sudah mlakukan solat hajat dan ALLAH tenangkan aku dgn pilihan ku.... 

berpurdah smmgnye x wajib,aku cume wanita di akhir zaman yg sdg berubah dan bukan 100% berubah watak dan sikap jahil masih penghuni tetap dalam diri,dan ini lah cara ku tepis stiap ujian yg mendatang kerana aku tahu aku x kuat,tp izinkan aku ntuk berdakhwah dan tegakkan tiang ISLAM ?? aku ingin myambung pjuangan Rasululllah s.a.w sblm nfas terakhir ku... :') 

Thursday 13 March 2014

tiada yang mudah melainkan apa yang Allah permudahkan! Allah maha mengetahui yang terbaik untuk hambaNya. Allah! 

Hidup adalah sebuah ujian. Ujian yang menyebabkan kita kena membuat pilihan demi pilihan. Hidup juga adalah sebuah percaturan, tersilap melangkah mungkin membawa kepada jalan yang berduri. Dan hidup juga bermain dengan perancangan yang kadangkala menjadi dan adakalanya tidak.

Kita membuat perancangan. Cantik, kemas dan tersusun. Persiapan dilakukan. Hanya menunggu masa untuk dilakukan. Tapi tiba-tiba segalanya berlaku sebaliknya. Apa yang kita rancangkan semuanya tak dapat dilakukan. Terpaksa ditunda atau yang lagi teruk, dibatalkan! Tentu terselit rasa sedih dan kecewa kan?

"Orang yang gagal merancang adalah orang yang merancang untuk gagal." Seringkali dengar ayat ini kan?

YA Allah! rasa gementar bila dapat massege dari seorang hamba Allah bagi tau nak datang jumpa famly.

Allah maha mengetahui!

Kita merancang, hanya merancang. Tak semestinya akan terjadi. Sebab tu Allah suruh gantungkan harapan setingginya hanya pada Dia. Bila tiba-tiba tak jadi atau tertangguh, tentu boleh berlapang dada dengan senangnya.

Bukan mudah tapi tak mustahil, bagi jiwa-jiwa yang beriman. (=

Saturday 1 March 2014

MUJAHIDAH ITU INDAH JIKA TAHU SYURGA ITU INDAH










"Kau sape nk jaga tpi kaen aku!" 
"Kau bkn mak bpak, saudare aku kan?!
"Kau xpyh jd ustaz/ustazah lah kat sni"
"
Ye. . sayang, Alhamdulillah 



ku menyanyi di dalam hati "Kata-katamu hanya mimpi d'siang hari (tringat lagu Langit Ke7)
Sambil t'senyum. . 




Ye awk, sy bukan sape2 bg awk 
Ye awk,sy bukan fmly , sepupu sepapak awk
Ye wak, sy bukan baek dan xlayak d'gelar seorang ustazah. . . 
sambil mdkati rapat shbt , menatap wajah manis itu. . pegang erat tgn nye, 
"Sy nak genggam tgn awk same2, ke Sane Sy nak kite sntiase b'same walaupum pd zahirnye tgn kite xpnh b'pegangan" 
Sy . . cume manusia biase awk 
Sy . . cume watak utama dlm novel Jahil 
Sy . . cume nak awk ,bkn skadar jd shbt sy at didunia nie, tp sampai sane 
(sambil menunjuk jari ke langt#seolah-olah Diri sdg mbyangkan indah nye Syurga) 
Sambil mlangkah pergi, dgn lafaz 'Asslmualaikum shbt ku' inshaAllah mgkn ini ujian wt ku. .




 b'lalu pergi menahan rase yg b'kurung dalam kotak tangis 
Mata mula b'kaca 
Senyuman tetap d'birai bibir 
Hati? Aku dan Dia shaja yang tahu 
Aku xkan bdiam dri, aku akn bwa dan akan tetap b'juang untk shbt2,saudaraku2 walaupum ku tahu mujahadah itu b'corak duri . . 




Ya Allah. hati itu milik Mu,genggamkan hatinya. berikan Hidayah kpd owg skeliling ku tmasuk Aku. . aminn!
Hasbi Rabbi Jallallah Mafi Qalbi Ghairullah Nur Muhammad SallAllah Haqqul Laillahhaillallah .
bila baca malaikat bina syurga untuk kita .
Amalkan ^^

create by-MiSs Dakhwah 
1.11pm 27.02.2014