tinggalkan link blog anda disini :)

Wednesday 3 February 2016

Bicara Kepada Hati Iktilat

Tips untuk muslimah : Ikhtilat, biarlah kena dengan caranya..

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, dapat lagi saya mencoretkan sedikit tulisan di blog ini. Untuk post kali ini, saya tergerak hati untuk membicarakan soal ikhtilat yang seolah-olah tidak dapat dielakkan pada zaman sekarang. Sebelum tu, mungkin ramai yang dah tahu apa itu maksud ikhtilat, tapi tak kurang juga yang tak tahu maksudnya.

Definisi ikhtilat : Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas antara lelaki dan perempuan yang ajnabi (bukan muhrim) sama ada di tempat sunyi mahupun di tempat terbuka.

Pada masa sekarang, ikhtilat ini seolah-olah tidak dapat dielakkan. Baik di tempat kerja, sekolah, universiti dan lain-lain lagi. Hal ini menimbulkan tanda tanya kepada kita, apakah dibolehkan hubungan sebegitu??

Hubungan secara bebas antara lelaki dan perempuan ini merupakan suatu ciri bentuk pergaulan pada zaman jahiliyyah dahulu dan juga berasaskan nilai-nilai dan sistem hidup masyarakat jahiliyyah. Apabila datangnya Islam yang dipimpin oleh Rasulullah, hubungan seperti ini ditolak dan suatu bentuk sistem dan nilai hidup yang berpandukan kepada Al-Quran dan Sunnah diperkenalkan untuk menjaga diri manusia itu sendiri.

Tetapi, pada masa sekarang ikhtilat dilihat memang tidak dapat dielakkan. Saya pernah terbaca suatu artikel yang membicarakan soal hubungan antara lelaki dan perempuan, dan dalam artikel tersebut penulisnya telah menukilkan pendapat Dr Yusuf Al-Qaradhawi dalam masalah ikhtilat.

Katanya : pertemuan/perjumpaan dan perhubungan antara lelaki dan perempuan tidaklah diharamkan secara mutlak. Dalam keadaan yang lain, perhubungan seperti ini diharuskan jika tujuannya adalah mulia (spt menuntut ilmu), memberi manfaat, dan menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Ia juga diharuskan dalam keadaan di mana terdapat sesuatu perkara yang berhajatkan bantuan dan pertolongan dari kedua-dua belah pihak (lelaki dan perempuan), tetapi dengan syarat mestilah berlandaskan batas-batas yang telah ditetapkan oleh syarak, tujuan yang betul dan pelaksanaannya yang berkesan.

Ikhtilat terbahagi kepada dua bentuk :

a) ikhtilat ghoiru syar’ie (tak ikut syariat Islam)

b) ikhtilat syar’ie (berlandaskan syariat Islam)

Ikhtilat ghoiru syar’ie :

Percampuran yang boleh menjatuhkan maruah.
Percampuran yang boleh menimbulkan fitnah, seperti perhubungan antara lelaki dan perempuan di tempat yang sunyi.
Bercanggah dengan adat dan adab etika Islam, seperti bergurau senda antara lelaki dan perempuan yang ajnabi.
Bukan berhajat. Yakni tidak mempunyai sebarang hajat yang perlu melibatkan hubungan antara lelaki dan perempuan.
Tidak ikut adab Islam.
Tidak mengasingkan tempat lelaki/perempuan.
Ikhtilat syar’ie :

Mempunyai hajat, iaitu ada perkara yang perlu melibatkan kaum lelaki dan perempuan.
Menjalankan tuntutan dakwah, yakni amar makruf nahi mungkar.
Menghadiri jemputan, contohnya : kenduri kahwin dan lain-lain.
Menunaikan haji dan umrah.
Bermesyuarat atau pembentangan, yakni yang perlu melibatkan kaum lelaki dan perempuan.
Dan, setiap ikhtilat pula mestilah mematuhi syarat berikut :

Tidak bersentuhan
Menjaga aurat
Menjaga adab bercakap
Mengasingkan tempat (pada tempat2 tertentu).
Terdapat batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan yang telah digariskan dalam Islam. Batas-batas ini harus diikuti dan dan dipatuhi demi menjaga hubungan itu sendiri daripada hukum harus menjadi haram. Antara batas-batas pergaulan yang mesti dijaga ialah :

1. Elakkan berurusan dengan lelaki selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal-hal yang di luar kemampuan wanita seperti dalam hal baiki kereta, baiki laptop dan sebagainya. Disebabkan keterbatasan kemampuan wanita dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan daripada orang lelaki. Dalam keadaan ini ia diharuskan.

2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunalah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mel atau nota kecil.